Ganjaran Lagi Syiok

Nikmati eBaucar Touch ’n Go bernilai RM40 bagi setiap rujukan yang berjaya!

4 Mei 2026 – 30 Jun 2026

Tertakluk pada terma & syarat. Baca di sini .

Cara Penyertaan

Daftar sahaja produk Kaotim berikut untuk mendapatkan pautan rujukan unik anda.

POPULAR

Kaotim MediKad

BAHARU

Kaotim Legasi

Kelayakan

Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan yang baharu dan sedia ada bagi Kaotim Medikad dan/atau Kaotim Legasi yang menerima pautan rujukan unik dalam tempoh kempen.

Mekanik Kempen

Tertakluk pada Terma dan Syarat

Peserta yang layak akan menerima pautan rujukan unik bagi Kaotim MediKad dan Kaotim Legasi, dan Peserta perlu berkongsi pautan tersebut dengan orang lain dalam tempoh kempen (“Perujuk”).
Pelanggan yang dirujuk (“Dirujuk”) mestilah menyertai Kaotim MediKad dan/atau Kaotim Legasi dalam tempoh kempen dan sijil Dirujuk hendaklah kekal berkuat kuasa selama sekurang-kurangnya 15 hari bagi membolehkan Perujuk layak menerima ganjaran.
Ganjaran akan dihantar ke alamat e-mel berdaftar Perujuk dalam tempoh 2 minggu selepas mereka layak menerima ganjaran.
Perujuk boleh berkongsi pautan mereka beberapa kali sepanjang tempoh kempen dan layak menerima ganjaran bagi setiap rujukan yang berjaya. Tambahan pula, Perujuk akan menerima 1 ganjaran tambahan bagi setiap 5 rujukan berjaya yang dicapai dalam tempoh kempen.
1
2
3
4

Soalan Lazim

Kempen Customer Get Customer ialah satu kempen rujukan yang memberi ganjaran kepada pelanggan Kaotim MediKad dan Kaotim Legasi apabila mereka merujuk pihak lain untuk menyertai melalui pautan rujukan unik masing masing.

Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan warganegara Malaysia yang baharu dan sedia ada bagi Kaotim MediKad dan/atau Kaotim Legasi yang menerima pautan rujukan unik melalui alamat e-mel berdaftar mereka dengan kami dalam tempoh kempen.

Pelanggan Kaotim MediKad dan/atau Kaotim Legasi yang baharu dan sedia ada akan menerima e-mel yang mengandungi pautan rujukan unik untuk kedua-dua produk. Mereka boleh berkongsi pautan ini dengan sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai. Apabila pelanggan yang dirujuk mendaftar Kaotim MediKad atau Kaotim Legasi melalui pautan rujukan unik tersebut dan sijil mereka kekal berkuat kuasa selama sekurang-kurangnya 15 hari, pelanggan yang merujuk akan menerima ganjaran.

Ya, anda boleh berkongsi pautan rujukan unik anda dengan beberapa individu sepanjang tempoh kempen. Anda layak menerima ganjaran bagi setiap rujukan yang berjaya, dengan syarat sijil pelanggan yang dirujuk tersebut kekal berkuat kuasa selama sekurang-kurangnya 15 hari. Tambahan pula, anda akan menerima 1 ganjaran tambahan bagi setiap 5 rujukan berjaya yang dicapai.

Ganjaran akan dihantar ke alamat e-mel berdaftar anda dalam bentuk PIN Tambah Nilai Touch ’n Go eWallet  dalam tempoh 2 minggu selepas tamat tempoh 15 hari tersebut.

Tatal ke Atas