Manfaat Utama

Kelulusan segera

Tiada pemeriksaan kesihatan

Pilihan perlindungan untuk penyakit kritikal

Pelepasan cukai pendapatan untuk takaful keluarga sehingga RM3,000

Caruman kekal sama sepanjang tempoh sijil

Penggantian pendapatan untuk memastikan kewangan terjamin apabila anda tidak lagi mampu untuk bekerja akibat penyakit kritikal

Kelayakan

Tunggu apa lagi? Dapatkan sebut harga sekarang!

Soalan Lazim

Individu warganegara Malaysia yang berumur 19 tahun pada hari lahir akan datang hingga 70 tahun pada hari lahir akan datang boleh memohon untuk pelan ini. Sebagai ibu bapa, anda juga boleh memohon pelan ini untuk anak anda yang hendaklah berumur sekurang-kurangnya 5 tahun pada hari lahir akan datang hingga 18 tahun pada hari lahir akan datang pada masa pendaftaran.
Ya, anda dikehendaki menjawab soalan pengunderaitan dalam talian semasa proses pendaftaran. Sebut harga caruman akhir akan bergantung pada pekerjaan dan keadaan kesihatan orang yang dilindungi.
Amaun caruman berbeza mengikut jumlah perlindungan, tempoh perlindungan, jantina dan umur orang yang dilindungi. Bebanan caruman tambahan mungkin dikenakan bergantung pada pekerjaan dan keadaan kesihatan orang yang dilindungi. Anda perlu memastikan bahawa caruman yang perlu dibayar untuk pelan ini adalah dalam lingkungan bajet anda. Caruman akan kekal sama sepanjang tempoh perlindungan.
Jika anda membatalkan sijil anda dalam 15 hari tempoh penelitian percuma dari tarikh kuat kuasa perlindungan, jumlah caruman relevan yang anda bayar akan dikembalikan. Walau bagaimanapun, jika anda membatalkan selepas 15 hari tempoh penelitian percuma, anda tidak akan menerima sebarang bayaran balik dan perlindungan anda akan berhenti pada tarikh caruman patut dibayar yang akan datang.

Ya, pelan ini layak untuk pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Penyata Cukai Pendapatan tersedia untuk dimuat turun melalui Portal myTakafulCustomer . Sila rujuk langkah berikut:
1. Log masuk ke Portal myTakaful Customer .
2. Klik pada Sijil Keluarga pada laman utama portal.
3. Klik pada tab "Penyata" di bahagian atas halaman.
4. Teruskan memuat turun dan mencetak penyata.

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

Bantuan & Sokongan

Kira jumlah perlindungan takaful yang anda dan keluarga perlukan. Klik di sini

Tatal ke Atas