Langgan MediAsas sekarang!
Nikmati e-Baucar Touch 'n Go bernilai RM40 apabila anda berjaya menyertai MediAsas.
- Kempen Aktif
20 November 2026 – 30 November 2026
Tertakluk pada terma & syarat. Baca di sini .
Kelayakan
Kempen ini terbuka kepada individu yang menerima komunikasi WhatsApp daripada nombor rasmi Kaotim (+60 3-2267 0363) semasa tempoh kempen dan menyertai MediAsas selaras dengan terma dan syarat kempen ini.
Mekanik Kempen
Soalan Lazim
Apakah itu Kempen MediAsas?
Kempen MediAsas ialah kempen yang menawarkan ganjaran kepada pelanggan baharu yang memenuhi syarat dan menyertai MediAsas melalui pautan unik yang diberikan dalam komunikasi WhatsApp daripada Kaotim, serta mengekalkan sijil mereka berkuat kuasa sekurang-kurangnya 15 hari dari tarikh kuat kuasa sijil.
Mengapakah saya menerima komunikasi WhatsApp ini?
Komunikasi WhatsApp ini dihantar hanya kepada pelanggan Takaful Malaysia yang terpilih. Sebagai sebahagian daripada kempen ini, tawaran istimewa diberikan secara eksklusif kepada pelanggan terpilih yang layak.
Apakah ganjaran untuk kempen ini?
Peserta akan menerima PIN Tambah Nilai Touch ’n Go eWallet bernilai RM40 sekiranya mereka memenuhi terma dan syarat kempen ini.
Apakah yang berlaku selepas saya menyertai MediAsas melalui pautan unik tersebut?
Sebaik sahaja anda berjaya menyertai MediAsas melalui pautan unik yang diberikan dalam komunikasi WhatsApp dan sijil anda kekal berkuat kuasa sekurang-kurangnya 15 hari dari tarikh kuat kuasa sijil, anda akan layak menerima ganjaran.
Apakah yang berlaku jika saya membatalkan sijil saya dalam tempoh 15 hari pertama dari tarikh kuat kuasa sijil?
Jika sijil anda dibatalkan atau tidak lagi aktif dalam tempoh 15 hari pertama dari tarikh kuat kuasa sijil, anda tidak akan layak menerima ganjaran.