Langgan Kaotim MediKad sekarang!
Nikmati perlindungan segera tanpa tempoh menunggu dan tiada soalan kesihatan.
- Kempen Aktif
21 Oktober 2026 – 31 Disember 2026
Tertakluk pada terma & syarat. Baca di sini .
Kelayakan
Kempen ini terbuka kepada semua individu yang memenuhi semua kriteria berikut:
- Melanggan sijil Kaotim MediKad baharu semasa tempoh kempen; dan
- Mempunyai sijil takaful/polisi insurans perubatan individu sedia ada daripada pengendali takaful/syarikat insurans yang lain yang masih berkuat kuasa secara berterusan melebihi 4 bulan pada masa permohonan Kaotim MediKad dibuat.
Mekanik Kempen
a. Mana-mana Cawangan Pusat Takaful myCare (TMCC) ; atau
b. Perjalanan langganan Kaotim MediKad .
a. Sama ada pelanggan tidak pernah membuat sebarang tuntutan dalam tempoh 3 tahun yang lalu; dan
b. Sama ada sijil takaful/polisi insurans perubatan sedia ada pelanggan dikategorikan sebagai kes “Standard”.
Pelanggan yang menjawab “Ya” bagi kedua-dua soalan di perenggan (a) dan (b) di atas akan dikecualikan daripada melengkapkan Soal Selidik Kesihatan dan akan terus ke halaman ‘Ringkasan Maklumat’.
Soalan Lazim
Apakah Kempen Kaotim MediKad?
Kempen ini ialah kempen eksklusif yang bertujuan untuk mempromosi Kaotim MediKad kepada pelanggan yang mempunyai sijil takaful atau polisi insurans perubatan individu sedia ada daripada pengendali takaful atau syarikat insurans yang lain. Pelanggan yang layak berpeluang menikmati perlindungan segera tanpa tempoh menunggu 30 hari dan 120 hari, tertakluk pada terma dan syarat kempen.
Adakah terdapat sebarang sumbangan minimum untuk layak menyertai kempen ini?
Tiada, pelanggan boleh melanggan mana-mana pelan yang ditawarkan di bawah Kaotim MediKad.
Adakah terdapat sebarang pengunderaitan untuk kempen ini?
Proses pengunderaitan di bawah kempen ini adalah tertakluk kepada garis panduan pengunderaitan yang ditetapkan. Pelanggan yang berumur 50 tahun dan ke bawah yang mengesahkan bahawa mereka tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh 3 tahun yang lalu serta mempunyai sijil takaful atau polisi insurans perubatan sedia ada yang dikategorikan sebagai kes “Standard” akan dikecualikan daripada melengkapkan Soal Selidik Kesihatan. Walau bagaimanapun, pelanggan yang berumur melebihi 50 tahun, dan pelanggan yang pernah membuat tuntutan dalam tempoh 3 tahun yang lalu dan/atau mempunyai sijil takaful atau polisi insurans perubatan sedia ada yang dikategorikan sebagai kes “Substandard” akan terus melengkapkan proses pengunderaitan.
Di manakah pelanggan boleh melihat klausa tambahan yang berkaitan dengan kempen ini selepas pengeluaran sijil?
Pelanggan boleh merujuk kepada klausa tambahan di bawah bahagian ‘Nota Penting’ pada Halaman Maklumat e-Sijil dalam sijil yang dikeluarkan setelah permohonan Kaotim MediKad mereka berjaya dan pembayaran telah dibuat. Klausa tersebut akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada dokumen sijil untuk rujukan mereka.
Adakah pelanggan perlu membatalkan atau berhenti melanggan pelan takaful atau insurans perubatan individu sedia ada mereka selepas melanggan Kaotim MediKad di bawah kempen ini?
Pelanggan tidak perlu membatalkan pelan takaful atau insurans perubatan individu sedia ada selepas melanggan Kaotim MediKad. Keputusan untuk mengekalkan atau menamatkan pelan sedia ada adalah sepenuhnya mengikut budi bicara pelanggan. Kempen ini tidak mewajibkan atau mensyaratkan pembatalan mana-mana perlindungan sedia ada.
Adakah tempoh menunggu akan terpakai semula jika sijil Kaotim MediKad saya luput dan kemudiannya dipulihkan?
Ya. Jika sijil Kaotim MediKad anda luput dan kemudiannya dikuatkuasakan semula, tempoh menunggu akan dikenakan semula. Semua terma dan syarat lain bagi produk kekal tidak berubah. Pengecualian tempoh menunggu di bawah kempen ini hanya terpakai pada masa pengeluaran sijil baharu.