memberikan diskaun sehingga RM5 untuk e-baucar Zus Coffee
memberikan diskaun sehingga RM5 untuk E-baucar Zus Coffee

KAOTIM, Sip & ZUS

Tebus hingga 10 e-Baucar RM5 ZUS Coffee.

10 Oktober 2026 – 20 November 2026

Tertakluk pada terma & syarat. Baca di sini .

Kelayakan & Mekanik

KELAYAKAN

Kempen ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas sepanjang Tempoh Kempen, tertakluk kepada kriteria kelayakan berikut:

    • Individu yang melanggan mana-mana produk berikut: Kaotim MediKad, Kaotim Legasi,
      Kaotim Car & Kaotim Motor, dari hari ke-15 hingga hari ke-20 bagi mana-mana bulan
      dalam Tempoh Kempen(“Pelanggan Kaotim”), atau 
    • Individu Bukan Pelanggan Kaotim yang melengkapkan serta menghantar borang kaji
      selidik sepanjang Tempoh Kempen (“Bukan Pelanggan Kaotim”).

(semua peserta yang layak akan dirujuk sebagai “Peserta”)

 

MEKANISME

Pelanggan Kaotim:

  • Untuk layak menyertai Kempen, Pelanggan Kaotim hendaklah berjaya melanggan manamana produk Kaotim berikut antara hari ke-15 hingga hari ke-20 pada mana-mana bulan
    sepanjang Tempoh Kempen:

a. Kaotim MediKad;
b. Kaotim Legasi;
c. Kaotim Car; atau
d. Kaotim Motor.

 

  • Setiap Pelanggan Kaotim yang layak berhak menerima sepuluh (10) e-Baucar ZUS Coffee
    bernilai RM5 yang unik, dengan jumlah nilai keseluruhan sebanyak RM50, tertakluk pada
    pengesahan yang berjaya oleh Takaful Malaysia.
  • Ganjaran ini terhad kepada dua ratus (200) Pelanggan Kaotim pertama yang layak sepanjang
    Tempoh Kempen, berdasarkan prinsip siapa cepat, dia dapat dan tertakluk pada ketersediaan.
  • Ganjaran akan diperuntukkan mengikut produk Kaotim yang layak seperti berikut:

a. Lima puluh (50) pelanggan

b. Sepuluh (10) pelanggan

c. Seratus dua puluh lima (125) pelanggan

d. Lima belas (15) pelanggan

 

  • e-Baucar ZUS Coffee bernilai RM5 akan dihantar kepada Pelanggan Kaotim yang
    layak melalui Mel Terus Elektronik (“EDM”) ke alamat e-mel yang didaftarkan dengan Takaful
    Malaysia. E-Baucar tersebut akan dihantar selewat-lewatnya pada akhir bulan yang
    berkenaan atau dalam apa-apa tempoh lain yang ditentukan oleh Takaful Malaysia.
  • E-Baucar tersebut hendaklah ditebus sebelum 31 Disember 2026.

Pelanggan Bukan Kaotim:

  • Satu tinjauan akan diedarkan melalui saluran digital yang ditetapkan untuk tujuan Kempen ini dan akan disediakan secara eksklusif kepada Pelanggan Bukan Kaotim. Pelanggan Kaotim dikecualikan daripada pengedaran tinjauan.
  • Bukan Pelanggan Kaotim hendaklah melengkapkan dan menghantar kaji selidiktersebut
    sepanjang Tempoh Kempen untuk layak menyertai Kempen ini.
  • Hanya kaji selidik yang lengkap dan sah akan diterima serta dipertimbangkan.
  • Setiap Bukan Pelanggan Kaotim yang layak berhak menerima satu (1) e-Baucar ZUS Coffee
    bernilai RM5, tertakluk pada pengesahan yang berjaya oleh Takaful Malaysia.
  • Ganjaran ini terhad kepada empat ribu (4,000) Bukan Pelanggan Kaotim pertama yang layak
    sepanjang Tempoh Kempen, berdasarkan prinsip siapa cepat, dia dapat dan tertakluk pada
    ketersediaan.
  • Pelanggan Kaotim tidak layak menerima e-Baucar di bawah mekanisme berasaskan kaji
    selidik ini.
Tatal ke Atas